Kelas ‘Coding for Kids’

15 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ‘Coding for Kids’ ini diadakan pada 14 Disember 2018. Bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang ‘coding’ melalui permainan interaktif yang menyeronokkan. Hal ini penting untuk menjana minda penyelesaian masalah yang pantas serta berkesan untuk proses pembelajaran anak-anak. Subjek ‘Introduction to ICT’ bermatlamatkan ‘Klik dengan Bijak’(KDB) turut diajar untuk proses mukadimah kelas.

Kelas tersebut dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari berpusat di bilik latihan Pusat Internet Kampung Pandan serta dihadiri oleh pelajar sekolah berumur lingkungan 6 ke 13 tahun.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali